Apr 24, 2010

alkesah final fantasy foodtech

FINAL FANTASY FOODTECH 09

Main characters:
Raja Dhidin Ibn Marhaban
Permaisuri Yayatch Kesuma
Puteri Syra Raja Dhidin
Raja Faz Shah Ibn Khatami Shah
Permaisuri Yuyun Sekaseh
Putera Suju Shah Raja Faz Shah
Pari pari Mimy
Raja Ririn Ibn Mushaffa
Permaisuri Rara Desima
Sabrina Kekaseh Lama The Witch

Props:
Kereta labu (paling penting...kikiki)


Adaptation from:
Princess Hour, The Cave of The Golden Rose, Snow White, Rapunzel, Another Cinderella Story, The Little Mermaid, Princess Protection Program.


            Nun jauh di utara Negara Sempoijeer terletaknya sebuah negeri Biasejeer yang damai dan senantiasa aman sentosa. Landskapnya yang indah lagi menarik itu membuatkan Biasejeer menjadi tumpuan pelancong sekiranya datang ke Negara Sempoijeer. Biasejeer diperintah oleh seorang raja yang sangat berdedikasi dan disanjungi seluruh rakyat jelata iaitu Raja Dhidin Ibn Marhaban. Semestinya di belakang kejayan seorang raja berdiri teguhnya seorang permaisuri yang bijaksana lagi cantik manis, Permaisuri Yayatch Kesuma. Mereka dianugerahi seorang puteri yang cerdik pandai (ikot pale pak die) tetapi nakal (ikot sikap mak die), Puteri Syra. Raja Dhidin dan Permaisuri Yayatch bersahabat baik dengan Raja Faz Shah Ibn Khatami Shah yang menghuni negeri seberang, negeri Layanjeer bersama-sama dengan Permaisuri Yuyun Sekaseh dan anakanda mereka yang bijaksana, Putera Suju Shah Faz Shah. Actually, keempat2 raja dan permaisuri adalah sahabat hingusan sejak dari kecil lagi dan merebak pula kepada anakanda mereka, Puteri Syra dan Putera Suju.

“ Bonda, lame ke ayahanda ke negeri Layanjeer? Alahai... Boring betul! Ayahanda ni pun satu lah. Bila time anakanda cuti barulah dia nak pergi mengembaralah, apalah. Bila anakanda nak ikut, ayahanda tak kasi. Benci betol!”

“ Puteri Syra, tak baik kata ayahanda macam tu. Ayahanda ke sana atas urusan kerja. Bukan pergi untuk main2 sayang. Ke anakanda rindu pada siapa ni, ehmm?”


“ Alah bonda nih. Itu jelah modal bonda. Takde maknanya bonda. Anakanda rindu ayahanda lah”

“ Yelah2. Tunggu je lah. Ayahanda pun bukan pergi lama. 3 hari je pun. Anakanda cuti sampai minggu depan kan?”

“ Yelah. Tapi time cuti macam ni lah nak bermanja sikit dengan family. Alih2 sampai umah, ayahanda takde pulak. Geram betul! Tapi takpe. Bila ayahanda balik nanti, siap lah. Anakanda nak minta benda yang tak terfikir dek akal ayahanda tuh”

“ Puteri Syra, kan bonda dah pesan. Jangan susahkan ayahanda lagi. Ayahanda kan dah tua (ye ker..heheh). Nanti kalau ayahanda jatuh sakit, siapa yang susah? Anakanda jugak kan?”

“ Ye lah bonda. Anakanda faham. Anakanda janji takkan buat perangai lagi, ok? Bonda senyum lah sikit. Ke bonda yang rindu ayahanda nih? Eleh. Lepas tu kata anakanda. Apedaa”

“ Mana ada. Sudah2. Pergi bersiap. Kejap lagi turun makan”

“ Yelah. Anakanda sedia menurut perintah”

Ehmm... Apa aku nak buat nih. Ayahanda takde. Dah hilang seorang untuk aku sakat. Bonda, busy dengan kelas mengait je.  Hah! Putera Suju! Baik aku call dia. Idea sedang mencurah2 ke ladang gandum nih. Hehe.

“ Woit Suju! Ko busy tak?”

“ Waalaikumussalam”

“ Eh2. Sory2. Assalamualaikum, Putera Suju Shah”

“ Hah, waalaikumussalam. Puteri Syra sihatkah? Ada apa call nih?”

“ Kejap2. Apsal ayat ko skema nih? Sila explain sikit. Geli la vilus aku dengar ko cakap macam nih. Kah3!”

“ FYI, ayahanda Puteri Syra ada kat sini lah. Ni tengah bersantap”

“ Aduyai. Lupa2. Ayahanda aku tahu tak yang aku call ko nih?”

“ Kejap ye Puteri Syra”

“ Hah! Nasib ayahanda ko tak tahu. Ko ni pon satu. Nak call aku biar lah kena time dia. Ini tidak. Tadi ayahanda ko dok depan aku je tau. Tahu la ko tu sekolah government biasa je. Jaga la sikit pertuturan kamu itu”

“ Alahai. Aku cakap dengan ko. Lainlah kalau aku cakap dengan ayahanda aku. And 1 more thing, mana lah aku tahu ko dok buat apa time nih. Aku boring2. So, aku call la ko. Btw, apa plan cuti nih? Aku dah sangat2 kebosanan yang melampau nih. Memandangkan ayahanda aku tak ade, apa kata kita buat plan something? Jom pergi camping ke? Jomlah”

“ Dia ni kan. Tak sah kalau tak break the law time cuti2 nih. Nati sangkut sekali dengan ko, aku jugak. Tapi best jugak idea tuh. Siapa lagi ikut? Dekat mana? Bila nak pergi?”

“ Uish. Banyak betul soklan. Aku dah discuss dengan classmates kita. Diorang setuju. Kita buat kat Air Terjun Sireh Junjung lah. Kisqees cakap tempat tu menarik. Kita pergi 2 hari lagi la. Kalau ayahanda aku dah balik, tak dapat lah aku nak join korang semua. Ok?”

“ Okeyh. No hal. Aku kena cari alasan je lah nih. Ehmm. Nanti apa2 hal roger yek?”

“ Okeyh set. Salam”

“ Waalaikumussalam”

Alhamdulillah. Selesai satu problem. Tapi, apa aku nak cakap pada bonda nih? Aduyai. Harapnya bonda akan bagi aku join budak2 tuh nanti.

“ Ehem2. Salam bonda”

“ Hah. Waalaikumussalam. Puteri Syra. Masuklah”

“ Emm. Tak kacau bonda ke?”

“ Takdelah. Ade ape ni Putri Syra? Bila dah mula buat body language meliuk lintuk tu, mesti ada sumthing kan?”

Ish! Bonda aku ni tau2 je lah.

“ Ehm... Bonda, sebenarnya classmates anakanda ada plan untuk pergi berkhelah 2 hari lagi. So, memandangkan ayahanda takde, anakanda nak mintak izin bonda untuk join mereka. Bolehkan?”

“ Berapa hari? Kalau ayahanda balik nanti, mesti banyak pulak soalan. Kenapa anakanda tak tunggu ayahanda balik dulu. Macam mana?”

“ Alah. Ayahanda pun tak tunggu anakanda jugak. Alah bonda, anakanda pergi kejap je. Bolehlah yek?”

“ Okeh3. Tapi bila ayahanda tanya nanti, jawab sendiri. Bonda tak mahu masuk campur”

“ Orait! Takde hal. Sayang bonda. Muaahx! Selamat malam bonda. Assalamualaikum”

“ Waalaikumussalam”

Yey!... kawan2...tunggu aku!!!!

            Sementara itu di sebuah negeri yang agak maju ekonominya, Belasahjeer, terdengar khabar angin yang menyatakan para pembesarnya sudah kebuntuan akal untuk mencari jodoh kepada rajanya, Raja Ririn Ibn Mushaffa. Sudah ramai puteri2 raja dipersembahkan kepada Raja Ririn, namun satu pun tak berkenan di hati (ish3! Memilih betol!). Sebenornyer, Raja Ririn ni dikatakan pernah menaruh perasaan pada Permaisuri Yayatch Kesuma. That’s why la kedua2 negeri Biasejeer dan Belasahjeer tak ngam. Raja Ririn masih lagi menyimpan dendam pada Raja Dhidin kerana merampas kekasih hati jantung pisang baginda (aduyai! Pasal pompuan pon nak gadoh2 ker??? Tak paham den...).

            Memandangkan sudah bosan dengan agenda yang diaturkan oleh para pembesar baginda, Raja Ririn nekad untuk merampas kembali buah hati baginda. Baginda tersangat yakin dengan bantuan kawan karib baginda, Sabrina Kekaseh Lama The Witch, baginda dapat menawan semula hati Permaisuri Yayatch Kesuma ( uish! Tak baik betol! Siap guna witch lagi nih).

“ Tengok la nanti Raja Dhidin. Beta akan merampas kembali apa yang telah dirampas dari beta! Sudah lama beta memendam perasaan. Sabar je lah! Sabrina, i need your help. Dapatkan kembali Permaisuri Yayatch untuk beta! Gunakan apa saja metod, asalkan Permaisuri Yayatch akan jadi milik beta. Hahahahaha!”

“ Baik Tuanku. Patik menjunjung perintah! Tapi daripada ramalan patik, jodoh mereka terlalu kuat. Dan satu2nya kelemahan yang ada pada mereka hanyalah Puteri Syra.”

“ Puteri Syra? Anakanda mereka?”

“ Iya Tuanku. Puteri Syra sangat degil dan nakal. Sekarang puteri dalam perjalanan ke hutan. Berkhemah bersama2 kawan2 puteri. Nah! Sekarang kerja patik semakin mudah. Puteri jauh dari kedua ayahanda dan bondanya. Permaisuri Yayatch akan menjadi galang ganti sebagai pertukaran nyawa Puteri Syra.”

“ Bagos Sabrina! Bagos! Beta setuju dengan plan ni. Beta mahu esok, Puteri Syra ada dalam genggaman beta. Hahahaha!”

“ Baik Tuanku. Patik berangkat sekarang”

Di negeri Biasejeer...

“ Adinda. Kakanda dapat tahu dari Putera Suju, Puteri Syra sudah bercuti kan? Mana Puteri? Kakanda tak nampak pun?”

“ Kakanda, ehm... Sebennarnya Puteri Syra... Puteri ke hutan... Puteri...”

“ Hah! Ke hutan? Tak pernah dibuat dek puteri2 raja ke hutan time2 cuti macam nih! Degil betul Puteri Syra ni! Kakanda murka terhadap puteri!”

“ Kakanda, sabar dulu. Puteri pergi 2 hari saja. Lagipun Putera Suju ikut sama. Putera Suju tak bagitahu apa2 ke semasa kakanda di negeri Layanjeer?”

“ Owh. Patutlah. Time kakanda mahu berangkat pulang semalam, Putera Suju sedang berkemas pakaian. Katanya mahu ke kem. Bertuah punya putera dengan puteri. Kecik2 sudah pandai menipu!”

“ Alah kakanda. Mereka pergi bukan lama. Biarlah”

“ Kakanda bukan tidak benarkan mereka pergi, tapi adinda sendiri tahukan akibatnya. Raja Ririn masih berdendam dengan kita. Baginda akan sanggup buat apa saja untuk musnahkan keluarga kita”

“ Ya adinda tahu. Tapi kakanda tahu2 je lah. Puteri Syra sangat degil. Kalau adinda tak benarkan, puteri tetap akan pergi jugak”

“ Apa2 pun. Kakanda dan pegawai akan pergi ke hutan dan bawa Puteri Syra dan Putera Suju pulang!”

“ Kakanda...”

“ Nope! No objection! Pengawal! Sediakan kereta labu. Kita ke hutan dan bawa Puteri Syra balik sekarang jugak!”

“ Menurut perintah Tuanku”

Di tapak perkhemahan...

“ Waah!!! Akhirnya dapat jugak aku camping ngan korang. Sebelum ni asyik2 cakap mak tak kasi. Ayah tak kasi. Bosan betul!”

“ Alah Dada. Mak aku memang tak kasi. Si Syra ni pulak ayah dia punya la garang. Nak minta permission nak keluar pergi library pun, siap kena tanya berpuluh2 soalan”

“ Alah Suju. Alasan la semua tu. Btw, korang jarang bercerita pasal family korang kan? Yelah anak raja ke, anak menteri ke. Cerita lah sikit!”

Adusss! Betul2 terkena atas muka ni. Ehm... nak jawab ke tidak nih. Si Putera Suju ni diam la pulak. Tadi bukan main lagi bercakap. Tidak2! Rahsia family tetap akan aku pegang!

“ Alah. Kitorang orang biase2 macam korang jugak. Betul kan Suju?”

Cepat support aku Suju!

“ Yap! That’s right! Kitorang ni since kecik lagi kawan. Lagipun rumah dekat2. 2 yang korang nampak aku ngan Syra ni rapat”

“ Betul tu. Ok lah. Aku nak pergi cari kayu api ni. Sape mau ikut?”

“ Aku lah. Dah takde kerja ni”

“ Ok jom”

Fuh! Nasib budak2 ni tak tanya banyak. Hahaha. Bagos betul ko ni Syra. Pandai berlakon. Kredit jugak untuk Suju.

“ Oit beb! Nasib la tadi. Hampir2 kantoi di situ”

“ Hah! Tu la. Aku pun tak tahu nak cakap apa tadi. Tapi Syra, aku rasa diorang macam perasan sumthing la. Kan kita ni cakap macam ayat skema sikit”

“ Oi2. Kita??? No no no. Aku rasa ko je. Hahahaha!”

“ Hahahaha!!”

“ Eyh? Apsal ko pulak yang gelak beria ni Suju?”

“ Eyh? Bila masa pulak aku gelak. Aku...”

“ Puteri Syra. Putera Suju”

Kami berpaling ke arah suara itu, dan terkejut apabila seorang wanita berpakaian ala2 the witch dalam fairy tale snow white tiba2 muncul depan kami. Mak oii! Ada lagi ke orang dengan gaya macam ni.

“ Nama dah betul. Tapi kami bukan puteri atau putera. Betul kan Suju?”

“ Yap! Apa yang Puan or Cik or apa2 je lah nak? Sorang je ke? Dalam hutan macam ni. Tak takut binatang buas ke? Hahaha”

Jahat la ko ni Suju. Hehe. Boleh pulak pergi tanya macam tu. Tapi, apsal aku rasa tak sedap hati je nih. Betul jugak. Takkan lah pompuan mati2 nak jalan sorang2 dalam hutan macam ni.

“ Heh! Kamu berdua memang loyar buruk! Kamu belum kenal lagi siapa aku! Hahahaha”

“ So, perkenalkanlah diri anda. Mana tahu boleh dijodohkan dengan pakcik2 kami yang belum kahwin tuh. Hehehehe. Syra, give me 5!”

“ Hooyeaah!”

“ Sudah2! Aku tahu kamu berdua adalah anakanda Raja Dhidin dan Raja Faz Shah kan? Heh! Bersiap sedialah kamu berdua. Selepas ini kamu takkan kenal lagi negeri kamu sendiri!”

“ Eyh? Apa yang cik puan nak dari kami? Kami tak kenal pun cik puan nih?”

“ Sekejap lagi kamu berdua akan tahu. Aku akan bawa kamu berdua jauh dari sini. Jauh dari ayahanda dan bonda kalian berdua! Hahaha”

“ Syra, apa ko tercegat lagi kat situ. Jom lari. Cepat!!!!!”

“ Hahahaha! Tak ada guna kalian lari”

“ Sujuuuuu!!!!!!!!!”

Sementara itu...

“ Mana diorang ni. Cari kayu api ke buat kayu api? Bukan main lama lagi”

“ Assalamualaikum”

“ Waalaikumussalam. Eyh? Mak! Apsal ramai sangat orang nih? Dada, Kisqees, Titiq! Korang2 sume! Weh keluar weh!”

“ Apsal ngan ko ni Jiji? Sasau ke?”

“ Tu...”

Jiji menunjukkan ke arah sekumpulan manusia yang datang ke tapak perkhemahan mereka.

“ Kami pegawai Negeri Biasejeer. Dan tujuan kami datang untuk membawa pulang Puteri Syra dan Putera Suju. Mana mereka?”

“ Kejap3! Puteri? Putera?”

“ Ya. Mereka berdua adalah puteri raja Biasejeer dan putera raja Layanjeer. Mereka berdua merahsiakan identiti masing2 semata2 kerana mahu belajar di sekolah government biasa. Kami memohon maaf bagi pihak puteri dan putera kerana telah menipu kalian selama ini. Lupakan hal ini dulu. Yang penting sekarang mereka berdua. Di mana mereka sekarang?”

“ Syra dan Suju pergi cari kayu api. Dah sejam lebih. Belum balik2 lagi”

“ Pegawai! Sampaikan pesanan pada Raja Dhidin kemungkinan Puteri Syra dan Putera Suju sudah di culik oleh orang2 Raja Ririn”

“ Baiklah”

“ Kalian semua ikutlah kami pulang. Tidak selamat berada di sini memandangkan kalian sudah tahu hal yang sebenarnya”

Negeri Belasahjeer...

“ Welcome2 Puteri Syra. Kenalkah puteri pada beta?”

“ Tak berapa nak kenal sebenarnya. Tapi pernah dengar nama. Btw, nak tahu juga lah. Kenapa bawa kami ke sini? Ada masalah ke?”

“ Hurm. Putera Suju... Putera kawan baik Puteri dan putera kepada Raja Faz kan? So Putera Suju juga akan terlibat sama dalam masalah ini”

“ Kejap3! Masalah? Kami tak faham”

“ Puteri rasa Puteri dapat teka. Ini mesti pasal dendam Tuanku pada Ayahanda kan? Ehm... Bawa2 lah mengucap Tuanku. Tak ada maknanyer. Bonda dah bahagia dengan ayahanda Dhidin. Tak ada guna nak musnahkan kebahagiaan mereka. Cari aje puteri raja lain.”

“ Sudah! Beta tak mahu dengar lagi nama ayahanda kamu! Beta akan gunakan kamu berdua sebagai umpan untuk beta dapatkan kembali Permaisuri Yayatch!”

“ Tapi Tuanku. Putera Suju pun sependapat dengan Puteri Syra. Satu lagi nasihat, bawa2 lah bertaubat. Tu, the witch tu. Tak baik guna semua ilmu2 yang tuhan kasi ke arah yang salah”

“ Sudah! Kamu berdua memang nakal dan loyar buruk! Beta tak mahu dengar lagi kata2 kamu berdua. Pegawai! Kurung mereka berdua di menara Taming Sari sehingga Raja Dhidin melutut depan beta! Hahahaaha!”

“ Tuanku takkan berjaya. Ayahanda Puteri Syra dan Raja Faz Shah akan dapat selamatkan kami. Tuanku tunggu saja. Dan satu lagi, rasanya bonda akan lebih membenci Tuanku kerana Tuanku sudah melukakan hati bonda. Tuanku takkan berjaya”

Negeri Biasejeer...

Faz, agak2 kau lah, kenapa Raja Ririn tu berdendam sangat dengan aku ye? Sudah berbelas tahun benda tu jadi”

“ Takkan kau tak kenal Raja Ririn tu. Dari kecik sampai besar dia saje yang nak menang. Tapi bila sampai hal Permaisuri Yayatch, dia kalah. Raja Ririn bukan jahat sangat. Maybe dia tak dapat terima kenyataan ni lagi”

“ Ye lah. Aku pun rasa macam tu. Takpelah. Apa2 pun, harap esok dia akan termakan pujukan surat Permaisuri Yayatch tu”

“ Ye. Harapnya pun begitulah”

Sementara itu...

“ Macammna ni Yuyun. I risau sangat pasal mereka berdua tu”

“ Itulah. Tapi u dun worry maa. Mereka berdua akan selamat. I tahu. Raja Ririn takkan sampai hati untuk apa2 kan anakanda2 kita. Raja Ririn kan kawan2 kita jugak. Cuma kerana dendam, Raja Ririn berubah”

“ I pun harap macam tu”

Negeri Belasahjeer...

“ Heh! Nampak sangat ayahanda kamu berdua tidak menyayangi kamu berdua. Sudah dua hari masih belum mendengar sebarang khabar berita dari mereka. Hahaha. Kamu berdua sudah tak berguna untuk aku lagi! Sabrina. Sumpah mereka jadi...”

“ Tunggu dulu!”

“ Hah! Raja Dhidin. Raja Faz pun ada. Bagus. Nanti kalian juga akan menjadi mangsa Sabrina! Hahaha!”

“ Huh! Mimpi la kau. Aku tahu kenapa kau menculik anakanda kami. Dan aku tidak menyalahkan kau kerana berbuat begitu...”

“ Aiks?! Ayahanda apa ni? Takkan nak back up Raja Ririn yang jahat nih? Melampau betul!”

“ Puteri Syra, rileks dulu. Jangan mencelah time ayahanda bercakap boleh tak?”

“ Oppsss! Sori ayahanda. Ok ayahanda boleh teruskan”

“ Apedaa ko ni Syra. Ayahanda ko belum habis cakap lagi tuh. Heheh”

“ Hehe. Bukanlah. Aku terkejut je bila ayahanda cakap macam tu. Kih3”

“ Btw Raja Ririn. Permaisuri Yayatch ada kirimkan surat untuk kau. Rasanya kau akan faham semuanya bila sudah baca surat tu nanti. Tak ada guna kau culik Puteri Syra dan Putera Suju nih. Mereka berdua tak ada kaitan dalam masalah kita. Nah ambil surat ni”


Assalamualaikum...
            Raja Ririn. Tak ada guna Raja Ririn menculik Puteri Syra dan Putera Suju. Mereka berdua tidak bersalah dan tiada kaitan dalam masalah kita. Walau apapun yang Raja Ririn buat, Permaisuri Yayatch takkan kembali kepada Raja Ririn. Permaisuri Yayatch sudah berjumpa dengan jodoh sendiri dan kami bahagia. Sesungguhnya jodoh Raja Ririn juga sudah ada di depan mata. Carilah. Jangan kerana kisah lama itu, anakanda2 yang tidak bersalah menjadi mangsa. Permaisuri Yayatch berharap agar Raja Ririn sedar akan kesilapan Raja Ririn selama ini. Dendam Raja Ririn itu takkan membawa apa2 faedah kepada Raja Ririn sendiri.


“ Dhidin, Faz. Aku minta maaf. Aku sendiri tidak sedar apa yang telah aku buat. Aku tenggelam dalam dendam aku sendiri”

“ Sudahlah Ririn. Aku dengan Dhidin sudah lama maafkan kau”

“ Betul tu. Sudahlah. Perkara sudah lepas”

“ Ayahanda... Puteri nak...”

“ Ehm... Ada satu benda lagi yang belum settle. Puteri Syra, sini kejap”

Adeyhlah. Habis la ko Syra!

“ Aduss Suju. Aku rasa aku kena marah kaw2 ngan ayahanda aku kejap lagi ni. Tengok ayahanda pandang aku pun lagak macam aku dalam kandang rimau da ni hah!”

“ Itu lah ko. Sape suruh buat kerja tak bagitahu ayahanda ko dulu. Cepat pergi minta maaf dengan ayahanda ko tu”

“ Ye la. Aku pergi kejap. Ko tunggu sini”

Aduss! Mampos aku! Ayahanda mintak ampun mintak maaf!!!

“ Ehem2. Ayahanda. Hehehe”

“ Apa sengih2? Puteri Syra tahu tak yang Puteri dah buat ayahanda murka! Puteri...”

“ Ye. Puteri tahu. Puteri minta maaf”

“ Suka sangat potong kata2 ayahanda...”

“ Sori!”

“ Bonda sangat risaukan Puteri. Nasib baik ayahanda dengan Raja Faz cepat sampai. Kalau tidak, dah lama Puteri kena sumpah dengan Sabrina The Witch tu!”

“  Yeye. Puteri tahu. Puteri minta maaf. Ayahanda Raja Faz, Puteri Syra minta maaf sebab ajak Putera Suju join sama camping tu. Tapi kami tak salah pun. Kami tengah boring. Ayahanda lah. Sape suruh  tak ada kat istana time Puteri Syra cuti”

“ Faez, kau tengok. Aku marah dia. Last2 aku yang kena balik”

“ Kamu berdua sama saja. Dua2 keras kepala. Ok la tuh. Hahaha. Dah lah. Jom Puteri Syra, Putera Suju. Kita berangkat sekarang. Bonda Putera Suju pun ada di Biasejeer”

“ Oh yer? Baiklah ayahanda”

Beberapa tahun kemudian...

            Memandangkan teknologi semakin advanced dan juga saranan dari ayahandanya, Puteri Syra menyahut cabaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Niat di hati sememangnya ingin menjaga kedua bonda dan ayahanda. Namun Puteri Syra tahu, semua ini adalah untuk kebaikan dirinya juga.

“ InsyaAllah, aku akan sukses nanti”

Pari2 Mimy... Buku2 beliau banyak bagi motivasi pada Puteri Syra. Thanx!

 “ Suju, ehm nampaknya, takde can la untuk kita study sama2 lagi. Kejap lagi sorang ke timur sorang ke barat. Apa2 pun, if takde aral melintang, kita jumpa kat Al-Hanbra ok? Heheh. Our favourite palace. Macam yang kita dah impikan dengan budak2 tu dulu. Nanti sampai sana roger aku tau. Mana tahu, duit banyak boleh aku ikut jugak. Hehe”

“ Hek eleh. Padahal ko yang lagi dekat. Hahaha. Ok no problems. Tak kesah lah sorang kutub timur sorang kutub barat pun, janji tetap janji”

“ Puteri Syra, kita dah lambat ni. Jom”

“ Ehm... Oklah. Aku pergi dulu. Nanti kutip banyak2 sakura untuk aku tau. Hehe. Sampai kat sana nanti aku beli tulip untuk ko.”

“ Ok. Takde hal. Jumpa lagi 4 tahun dari sekarang”

“ Ok. Assalamualaikum. Pegang janji ko Suju”

“ Waalaikumussalam. Ko pun. Pegang janji ko Syra. Haha”

            Tamat sudah satu fantasi. Puteri Syra dan Putera Suju mengikut haluan masing2 demi mengejar impian dan cita2. Raja Dhidin dan Permaisuri Yayatch sentiasa bahagia di samping rakyat jelata yang bertambah sayang dan menyanjungi mereka. Raja Faz Shah dan Permaisuri Yuyun Sekaseh juga bahagia seperti pasangan yang baru2 bercinta. Ececeh...

            Happy ending for Raja Ririn???? Ehm... Sebenornyer jodoh dia tak ke mana pon. Depan mata je. Sepupu baginda sendiri, Permaisuri Rara Desima. Alhamdulillah, Sabrina Kekaseh Lama The Witch sudah bertaubat dan diberi mandat menjadi ahli nujum negeri Belasahjeer ( Eh2?? Ni first time dengar ahli nujum pompuan. Ehm tak kesahlah. Belasah jek. Hehehe).


:: tade kaitan antara yg maseh hidop atau yg dah tade...wassalam...selamaaat~

9 jejak tertinggal:

ANH said...

wooot wooot..
pasni bleh wat skrip eh..hehe =)

fifa syrus said...

tehee..amacam, buley bt cereta kanak2 x???haha...dah berbulan simpan cereta nie...kekeke

Unknown said...

hahahaha, giler r kamoo wahai SYRA KONON... hahahaha lagik n lagik!!

fifa syrus said...

giler jek..janji bkn 'gila'...haha..best ape dayah..igt nk tambah, xpela..nati aq bt fantasy laen plak...muahahahahahaha

Hajar Muhamat said...

adus...letih nk bcer...pusing mata aja...@_@

Unknown said...

hokee.. i'm waiting 4 nex fantasi story.. ;)

fifa syrus said...

haha...cano aja, ok x???hehe
bese2 jek..tyme tue idea sgt2 mencurah ke ldg gandum..haha

qees said...

wuit aku pun trlibat sme ke? heheheh...

fifa syrus said...

1 more tyme....tade kaitan antara yg idop n yg sudah tade...harap maklum...fantasy semata2 okie...teheee~

 

engkaulah raja&ratu hatiku

engkaulah raja&ratu hatiku

hubungkait selamaNya

hubungkait selamaNya

*skuL*

*skuL*
pipa wif gang

*matRix*

*matRix*
dak kecik wif tp5

*uNi*

*uNi*
kicik wif bebudak foodtech0708

Search