Nov 29, 2010

hai wanita...erk, baru perempuan. belum cukop masa lg. hehe ;p

teringat kata2 ustaz during matrik dulu. beliau ada ty aq, betul ke aq ni tyme skul dulu2 tak berapa nak perempuan. mane ustaz tahu nie? beliau ckp, tgk org pun beliau boleh tahu. ah, sudah. nak tipu kang, takut aq yg kene balik. so ngaku je lah kan. dan mulalah ceramah beliau tentang unsur2 yg empat di bawah nie. ape kaitan dgn sifat perempuan. alahai ustaz. nie mungkin sy bila dah umur dewasa kelak. tyme2 sekarang mcm susah je nak jadi. hehe. dan sesungguhnya sy unsur angin. wah, berangin gitu. pas exam nak p makan angin la. yehuuuuuu!!!!

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah






:: haih, bile mau jd wanita pon xtau ler....
last paper besok! wish me luck!

sudah bersediakah kita???

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

 Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.


:: belum bersedia~

Nov 21, 2010

bila haiwan mula berFB...hehehe ;p

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm korang selalu post tu...


Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih… 

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …

Cicak : isteriku tersepit pintu

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.



kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalantersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….



eh eh, korg yg idop dlm air pon ade hati nk berFB jgk ker? owh, ok ok. aq paham. sile sile~


Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut.


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-( (meh ler aq add ko)

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

kuda laut : WAAAHHH, aq femes dowh. satu UMT kenal aq. aq dah jadi ikon web mynemo lg tuh.



ikan nemo: ah, kuda laut tue. padahal aq lagi awal kot femes dr dia. satu mesia kenal aq. jadi maskot sukma kat tganu dulu ;p






:: haha, macam2 :))
tengs en.shehdi. rilis stress jap~~~~

Nov 17, 2010

aidiladha/haji/korban

SALAM

@>-------,-----------

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA/ HAJI/ KORBAN

semoga pengorbanan IBRAHIM dicontohi...
semoga ketaatan ISMAIL diikuti...
semoga kesetiaan HAJAR menjadi lambang kasih sejati...
semoga nilai TAQWA menjadi saksi... 
*bila agaknya baru dpt ke sana???*
*tengs google*

*buleh lg ko senyum yek? spesis ko dok tunggu nk kene sembelih dah tue*
*tengs google lagik*


:: pas raya de paper. serabut!

Nov 15, 2010

story aq, story dia, story kami :)

SALAM
@>------,-----------

story aq:
alhamdulillah. setelah hampir setahun bertungkus lumus, dan hidup huru hara dgn FYP, akhirnya tanggal 14/11/2010, segala-galanya ternokhtah kini. ceewaaah! haha. tepat jam 10.08am td, aq menokhtahkan kecintaan, kegilaan, terhadap tesis kesayanganku. hoho, 2 jam dok bertapa di kedai aiman tu semata2 utk print tesis ni. peerrrgghhh, terbang sekeping duet kertas biru aq. hajat nak bayar utk jilid tesis terbantut lagik. sori yek pak F. harus mintak spronsor ler nampaknyer. agak2 raya haji nie dapat duet raya x? ngeeee~~~
apa2 pun, syukur sangat. dah lepas satu beban. tp lepas submit tesis td, mmg xrasa apa2 dah. HEARTLESS. sebelum nie ingatkan tue la saat2 terindah utk diraikan. tp lain pulak jd nyer. ehm, lantak kan aje. harap yg terbaek aje lah. ok la kan, xmau stress2 dah lepas nie. dah boleh concentrate utk final exam pulak. erk, ade lagi eyh? yer yer, ade yek pipa. org lain dah berzaman start exam, ko satu hape pon belom. haha ok2, i'll try my best for this FINAL EXAM. hoho.

 *WAAAAA....kerana aq cinta kamu hari hari...tesisku*

story dia:
Ya Allah, memang aq terkejut giler kot bile dpt tahu yg umi tira eksiden. itupun bila aq baca status dia kat fb. ye lah, aq nie mmg mengisolatekan diri dlm bilik jek. tesis punya pasal kan. siyes cakap, sejka hari jumaat tue memang aq xtengok muka dia langsung. cakap pun byk pandang tempat lain. mmg xsanggup beb. aq tgk dia pon dah rasa nak nagis segala bagai. apatah lagi kalu aq dlm situasi dia. seingat aq, dis year, family dia mmg diuji maha hebat. start dgn ayah masuk spital, dia dgn umi pun bertapa di spital jugak kerna denggi. then lastly jadi benda mcm ni pulak. tue la kan, we never knew tomorrow. so, haruslah kita senantiasa berwaspada. 
kpd tira hashim: aq tau kau KUAT bebeh. nie semua dugaan dr Dia. mungkin nie bunyi mcm klise kan, tapi tue la hakikatnya. Dia uji kita sekarang, mungkin Dia mahu hadiahkan kesenangan ada kita pada masa depan. itu yg pasti. aq, kawan2 kita, doa kami senantiasa mengiringi family kau. harap semuanya akan ok mcm biasa yek. jgn sedih2. sori jugak sebab aq xbertanya byk pasal kejadian nie. after 2 days baru aq berani ty. bukan apa, aq mmg leleh jugak mlm sabtu tue. xmau leleh dpn kau. kami sgb kwn kau, harap kami dpt berikan siket kekuatan kami, kongsi dgn kau. be strong ok! aq tahu kau boleh. 

story kami:
hari ni dinner with DR Yus and family. perrgghhh, si mighul nie memang ler sgt hyperactive budaknyer. dia sorang pun memang dah gegor rumah DR. hehe. erm, makan apa yek? hehe. simple but nice! hasil kerjasama beramai2. jap2. orang selalu cakap kan, kalu org bujang masak makanan jadi masin, maknanya dah boleh kawin or nak kawin. tapi kalu org yg dah kawin masak jadi masin, cemaner pulak tue? haha. gelak je la tahu nyer. hehe. nway, best sgt mlm nie. DR Afifah pun join. tp xmakan nasi pon. on diet kata nyer. owh, kalu lah aq juga mampu berdiet begitu, alangkah bagus nyer (mimpi di siang hari jo la, hoho). here are some piccas b4 and after makanan selamat melaui esofagus. hehe.

*sempat posing di kala inie bersama pisau gajah nyer. hoho* 

*simple but nice*

*x menyempat, hehe*

*wif DR Yus and DR Afifah*


*wif our beloved supervisor, DR Yusnita Hamzah*




::Thanx DR utk segala tunjuk ajar selama nie. sori jugak kalu selalu buat DR pening2 and stress dgn saya yg agak slow siket bile bt koje. hoho
::: Tira Hashim, KUAT KUAT KUAT!

Nov 13, 2010

*entry pendek*

SALAM...

@>-------,--------

dia nampak bahagia...
alhamdulillah...
aq tumpang gembira...
kisah yang dijangka tak sempurna pada awalnya...
tapi tak semestinya selama-lamanya tak sempurna kan?
redha dgn apa yg telah berlaku...
bersyukur dgn apa yg ada...



:: we deserved it. jgn pernah sesal~

Nov 9, 2010

lepaking...nostalgia lama...exam fever? x lagi kot~

SALAM....

sy lepaking saje sejak ptg td. alhamdulillah, lega siket. draf tesis sudah dihantar ptg td. special delivery ke bilik sv. ingatkan mau hantar draf saje. tp memandangkan sv ajak diskusi siket2 so masuklah kejap dlm bilik beliau. and the first question beliau, "boleh tak u terangkan 2-way ANOVA pd i fifa?". ah sudah, bukannyer aq tau sgt pon. baru 2 hari belajar. hehe. utk tdk mengecewakan beliau, aq pon bercerita la dr A to Z. ape yg aq paham je la. ok, beliau boleh terima. tp tang tang tue jugak beliau tunjuk analisis si bebah ngan kakrozi. ah sudah! aq nie lembab siket nak paham studi org. hoho. punya la aq dok perah otak nie sbb nak explen pd Dr. tp haih. otak ngah beku. failed! hehe.
 naseb la ko dtg bebah. selamat aq. hahaha.

ok, nak bercerita jugak sal blk kg last wik. dalam dok bz2 tgk tv (eceh, ingatkan bz bt tesis, hehe ;p), ma aq suruh la pigi kemas siket2 barang2 peninggalan zmn2 sekolah dolu2. ha'ah ler. since cuti ry puasa lg ma suruh angkut segala khazanah dlm kotak2 letak dlm bilik. ye lah, bilik lame dah kene pow ngan org lain. kite musafir je kat rumah tue skrg, hoho (sadis giler bunyik, hehe). dlm dok kemas2 rak buku sume, terjumpalah segala benda kejadah nie. waaaa.....dah lame tak main tukar2 kad nie. kalo dulu tak menyempat, teruz sambar namecard member. ye r, bajet2 mcm dah keje and ade namecard sendirik kan. hehe

*hoihoi...teringat zaman muda2 lue*
*haha, ni lagi satu benda. kanak-kanak*

pasal buku autograph nie, teringat kata2 member aq sorang tue. "aih pipa, ko layan jugak buku autograph mcm nie? bkn ko ni kayu ker? mane tau pasal bende2 yg bdk pompuan suke". ah, ko la kayu!sengal! haha. nampak nyer 'creating a woman' project tyme secondary skul dulu, mmg successful lah yep. haha.

erm, nampak nyer diriku sudah mula hanyut setelah layan lagu hanyut FT tadi. waaaaa! congrates FT! LUV u lah! (even anda sudah menjadi bapak budak, ngeeeee)

anyway, maseh belom mampu bersuka ria sepenuh nyer memandangkan maseh belom melepasi 14hb Nov. huih, mmg x sabar menunggu tarikh itu. tdk sabar jugak mau meletakkan nokhtah pd ayat terakhir ku nanti. final exam jugak bakal menjelma. wei pipa, org lain dah berzaman habis exam. ko belom start apa2 lg. haha.  yer betol, tdk ku mengerti apa itu exam fever. haha. kerna diriku masih heaven bersama tesis2 kesayanganku ini. hoho. harap semua urusan dipermudahkan olehNya. insyaAllah, aminnnnn~

  *harapnyer terlepas dr cengkaman keadaan begini. cukop2 la utk tesis writing jek. hoho (",)*





:: ok, harus berusaha dgn lebih gigih. siket je lagi. tak lama dah. FIGHTING!~

Nov 7, 2010

HANYA 10 MINIT...

SALAM @>-----,--------

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi



:: semoga kita tergolong dlm mereka yg 1:999 itu.. insyaAllah~
 

engkaulah raja&ratu hatiku

engkaulah raja&ratu hatiku

hubungkait selamaNya

hubungkait selamaNya

*skuL*

*skuL*
pipa wif gang

*matRix*

*matRix*
dak kecik wif tp5

*uNi*

*uNi*
kicik wif bebudak foodtech0708

Search