Nov 11, 2011

umt: a memoir...artwork

Assalamualaikum.


dah lame tak hapdet kan? uih, sedikit busy dgn aktiviti harian. apakah? haha. jangan konfius. sy masih macam biasa. bekerja dari rumah. buat assignment. mengadap lappy terchenta yg harapnya akan tetap menaburkan khidmat baktinya kpd sy. 

hurm, harini rasa macam nak imbas kenangan silam yg bersiri ni la pulak. jom layan :)

artwork ni kitorang buat masa sem 4. nak kata byk masa free pun, tipu la kan. sbb time tu ade dua subjek yg 4 jam kredit. haru. the first artwork ni masa kelas accounting. disebabkan otak mmg dah tepu, so cara rilis dgn conteng2 la. pass sana sini. kau conteng siket. aq conteng siket. lama2 penuh la A4 tu.



the second artwork ni masa presentation microbes dgn Dr Nizam. lepas kelas accounting tu la. dah ler ade soalan tutor kena settle kan. by group. tapi sbb dah divided, aq dgn sorang member, atiQ kena settle soalan yg same. tu yg kepala berasap bagai tu. orang lain tengah present, kami hibernate kat belakang dgn soalan tutor skali. hehe.


:: harus berusaha gigih jika mau rm3k per month. hehe~

Oct 30, 2011

kalau boleh...tapi saya lupa...

Assalamualaikum.

kalau boleh saya nak delete semua files dia masuk recycle bin.

kalau boleh saya nak empty kan recylce bin saya tu.
kalau boleh saya nak lupakan semuanya.


tapi saya lupa...
sebenarnya saya dah tercopy files dia terlalu banyak.
ada yg tersave dlm pendrive.
ada yg tersave dlm external.
ada yg dah jadi hidden files pun.
sampai saya sendiri tak tahu kat mana lagi yg saya dah tercopy files dia.


ingatan saudari nurul husna (iluvislam)
jika mahu mendapatkan yg soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yg solehah.
 *saya suka jika saya bebas*

nota sisipan:
jika belum bersedia jgn tipu kata dah bersedia.
jawapan aq : saya belum sedia





:: kepala weng siket jika kenangan silam suka terjah :)

Oct 13, 2011

iv

Assalamualaikum.

before this pernah iv. tp itu pon macam borak2 je, kalo ikotkan iv 2 hari lepas pon macam borak2 jugak, tp soklan die, masyaAllah, memang tak terkata ya amat! aq + 3 org member iv di pusat iv SPA cawangan KB. the rest member aq yg dpt panggilan iv, kene di putrajaya + kL + ipoe.

soklan yg memang cun melecun tp memang sangat membuka minda. paling seremmm, banyaaakkk soklan tentang aplikasi. skrg ni dapat tak dapat post yg aq mintak ni bukan belakang kire, tapi ilmu yg aq dapat mase iv tue sangat berguna utk future aq sendiri. thanx to both of interviewers :D

pihak spa:
1:10 minit pertama argue pasal further master (mmg penat ku bangkang hujah beliau)

2:aktiviti sukan di kampus
3:nama ketua pengarah jakim
4:aplikasi: kalo siasat company jepun yg xreti BM/BI, cane nak buat
5:peranan peg. teknologi makanan di jakim
6:rukun negara
7:kelemahan diri

dari jakim:
1:tpc
2:patogen (e.coli, salmonella)
3:kes E471
4:MSG (kaitkan sumber meragukan dgn sains)
5: kefahaman tentang audit
6:gmp +  prinsip haccp
7:kalo g audit company jepun, dan diorg ade masalah itu, masalah ini, ape nak buat?
8:kalo g audit company yg buat documentation utk halal secara sambil lewa, ape nak buat?
9:kefahaman tentang proses sembelih
10:ulama ade letak hukum makhruh dlm sembelih ayam. nyatakan sebab + kaitkan dgn sains.
11:dna detection - pcr


so far, mmg semua dapat soklan yg maha hebat + tiptop semuanya. memang tak terfikir dek akal. maybe salah diri sendiri jugak. bukan main lagi dok menghafal fakta sampai lupe mungkin interviewers boleh tanya soklan aplikasi. 


nota sisipan: 
1. alhamdulillah, ke'nervous'an hilang. ke'confident'an datang
2. tawakkal + doa itu penting. rezeki itu dari Dia. percaya itu, InsyaAllah.
3. 186 calon. 14 kekosongan. harap ade wakil UMT yg dpt. insyaAllah


:: back up plan - coming soon~

Oct 12, 2011

konvo 2 - hari kejadian

Assalamualaikum.

lama tak update kan.
layannnnnn~

*1st time tentang mata dgn Permaisuri Agong. terpegun i*
 
 Bachelor of Food Science (Food Technology)

*Majlis Konvokesyen ke-9 UMT*
 
*mi familia*
 
*oldprenz - azeta, salmah*

Azeta keep asking me, " Pa, lagumano mu pakai tudung tue? pandai eh?". haha
 
ni nama nyer creating a woman project dolu2 tue berjaya. heheh. dolu2 maen selempang baise2 jek. skrg belit tudung siket2 tue boleh ler aq layan. kalo shawl belit2 sampai tercekik leher + yg liplap dgn batu bata tergantung sana sini tue, mintak ampun, kasi free pun ku takkan pakai. ghimas den!

:: degree - settled!

Oct 5, 2011

cikgu, saya dah konvo...

salam.

cikgu,
saya dah selamat bergraduasi
time lagu koir dinyanyikan
melilau saya cari parent saya
disebalik celah2 parents yg ada, saya terbayangkan cikgu
saya pandang pintu sisi keluar dewan
saya harap cikgu berdiri disebalik pintu tu
bersama2 dengan famili saya
saya ingat janji cikgu sebelum ni
" insyaAllah saya datang. dekat2 bolehla. kalau jauh saya mampu wish congrats je"
cikgu senyum. saya balas senyum cikgu.
masa tu saya yakin cikgu akan datang pada hari konvo saya.

tapi...
sabtu 1/10/11
wajah cikgu langsung saya tak nampak
saya sedar, cikgu berada jaaaauuuuh sangat sekarang
saya yakin cikgu dah wish congrats kpd saya dari sana kan?
alhamdulillah, ramai grad tahun ni
terima kasih cikgu
saya rindu cikgu...

al-fatihah.

*settled*



:: insyaAllah sy akan jumpe takdir alam kerja sy~

Oct 3, 2011

umt: a memoir...naik pentas

salam.


alhamdulillah. for the very last time at UMT, dpt peluang kedua naik pentas together2 dgn mereka yg excellent.
syukur sangat.



snap2 bersama Dr Yus, Miss Z, Dr Amir
we did it! yeah!
sempoi Dr Amir
wif our supervisor - Dr Yus


nota sisipan:
next cereta - konvokesyen
:: second chance. alhamdulillah~ 

Sep 30, 2011

filosofi 2 - erti hidup

salam.

 pengalaman jatuh bangun zaman bertatih
[Kg Gual Ipoh]
pengalaman kenal abc di sekolah
[SK Ipoh, SMK Ipoh, maktab]
pengalaman try jadi adolscene di matrix
[KMPk Gopenghagen]
pengalaman alam putus fius di universiti
[UMT]
semua pengalaman ni banyak mengajar dalam perjalanan cari erti hidup
*mirror image - sedar diri*


:: belum terlambat untuk rancang hidup~

Sep 26, 2011

konvo 1 - pengembaraan bermula

salam.

alkesah bermulalah sebuah kesah 3 dara pingitan drift dgn viva elite chex ke gong badak. alkesah juge ini kali pertama chex drive jejauh macam ni. hoooo, hati tuhan je yg tau. alhamdulillah, selamat sampai UMT.

chex yg dah terer drive. ku jelez ok

sesampai je UMT, ok, park kete teruz masuk dewan. mak oooiii terkezut den! dah sampai toilet dah line q nyer. 

 *anis, echah, dayah*
naseb la ade dayah. dah potong q pun still terlambat jugak utk dapat size S and M. ok, pipa dpt jubah size L. mmg besar gedabak u. layan aje naik stage pipa nampak macam kelawar nanti. haha.
dayah, arda, kakzura- kita senaseb!

oh, tak lupa, met my old old frenz. jumpa yukhun. huih, lepas rindu dengan dia. dah setahun tak jumpa.

 
before balik, singgah bilik dayah kejap. pergh, huru hara giler bilik! nampak sgt banyak buat research kan. buku2 berlambak atas meja. 

:: cepat betul masa berlalu. harap saya tak gagal untuk plan halatuju hidup~

Sep 24, 2011

filosofi 1 - soulmate

salam.

bertatih, berjalan, berlari dan membesar bersama tidak bermakna dia adalah soulmate kita.

-syrus-

*redha adalah kelakuan terbaik*


:: it takes time to become senile~

Sep 23, 2011

filosofi - permulaan

salam.

permulaan yang panjang.
sekolah-matrix-kampus-kehidupan sebenar.

bila sudah reti fikir
acuan fizik + acuan food tech tak mustahil akan menghasilkan adunan sastera yg bagus.

-memang langsung tak terlintas di fikiran kan-
 
 

:: random

Sep 20, 2011

kmpk: a memoir...penpal

salam.

yang ni mmg aktiviti kelakar tak hengat. punyer la nak menambahkan kuasa English kitorg kan, cikgu English, Miss Dayana suruh la tulis surat perkenal diri, kalo boleh letak nick skali. rasanya aq gune nick sirus kot. entah, lupe. surat ni randomly exchanged dgn bebudak kelas lain yg Miss ngajor. harap la jugak dpt penpal lelaki kan. tapi bile tau kelas tue kelas budak hayat, huh, punah harapan. yg lelaki suke la. ye r, kelas hayat, boys nyer berape kerat je kot.

ok, sirus dpt penpal gune nick 'radiohead'. erk, kepala radio? radio kepala? ni dah macam kartun dlm mag yg suke bawak radio besar atas bahu je. hehe. kenal radiohead, ade satu yg tersama dgn sirus. music! yeap, both love music.

ku sangka panas sampai ke petang, tapi gerimis turun tyme mase nak tengahari. rosak betul! lepas the 3rd letter kot, Miss ckp tu the last letter utk aq. rupanya si radiohead quit matrix, further kat Indo. surat aq yg last pon radiohead dpt kat sane. member radiohead bawak g sane kot. haiyoooo, sampai ati die tinggal aq. sedih vooo [tipu la kan, hehe]

*be friends till oceans run dry*

rase dlm 1-2 taun jugak lost contact. tade la kesah sgt sbb penpal je [je???]. tp dlm 2 taun lepas ade request nak jadi friend kat ym. punyer la pelik nick die, qude casarox ape entah. aq ni mmg jenis yg susah nak approve friend request org yg aq tak kenal. kat mukabuku pun mcm tue. tp entah, aq approve je yg casarox tue.

mula tu agak pelik jugak. banyak benda die tau pasal kmpk. aq kelentong pon die tau. kantoi memanjang. usyar punya usyar, lorh, si radiohead rupanya. baru teringat dlm previous letter ade exchange email. jejak kaseh betul. rupanya dah jadi friend kat friendster. time tu baru la kenal sape radiohead.

so far, belum officially jumpe face to face. via mukabuku je. satu yg sirus suke, radiohead tak pernah lupa tentang fantagiro. tp xtau ler radiohead maseh ingat ke tak mane datang fantagiro tue. hooooo, dah bertahun kot!

nota sisipan: 
balik mesia, cure segala umat yg saket tue yek. Goodluck Dr wanna be!
*serius ko tak pernah jumpa radiohead kat sane Im?*


:: dgn kehendakNya, sahabat terpisah beribu batu pun akan kembali bersatu~

Sep 18, 2011

hidayah vs attitude

salam.

entah. tanpa sebab, banyak hati umat manusia mengeras jadi batu. kalu jadi air batu/ais takpe. kena haba akan cair leleh.

kadang2 aq pun rasa macam tu. bila baca 'contengan jalanan', rasa diri ni kerdil sangat. hari tu jugak terus cari tafsir yg tak penah habes baca walaupun dah beli since matrix lagi. sulu rasanya baca conan tue lagi best dari tafsir yg rasa susah nak paham tue. Alhamdulillah, walaupun mula2 tu hanya 2-3 muka surat je sehari, at least ade sedikit perubahan.

harini bila tengok my mum dengan susah payah solat dengan sebelah tangan masih berbalut, mula bertanya dengan diri. 'tak rasa insaf ke bila tengok ma yg sakit pun masih mampu solat dan baca Quran walaupun conditionnya belum stabil?'. sebak. 

betul kata orang, kalau belum sampai masa hidayah/petunjuk Allah itu datang, memang takkan dapat. tapi Rasulullah saw berpesan agar jangan pernah putus asa dalam mencari redha dan jugak hidayah Allah swt. 

bukan nak tuju siapa2 lah kan. tapi kadang2 pelik dengan sesetengah manusia yang bekerja bagai nak rak, tapi solat nya tak terjaga. baca Quran apatah lagi. tak pernah terlintas ke yg semua rezeki tu adalah rezeki dari Nya? kadang2 aq takut untuk masuk alam perkerjaan, kalau2 lebih kejar dunia sampai lupa akhirat. mintak dijauhkan. amin~

*se-blank danbo*

nota sisipan:
paling cincai, jadikan surah al-ikhlas sebagai amalan. biar ayat yg 4 itu basah di bibir. moga kita semua senantiasa dalam perlindunganNya. InsyaAllah, amin~


:: atitude perlu ubah. berterusan~

Sep 13, 2011

akhirnya~

salam..
1st BATCH - 1st SESSION - 1st OCTOBER


siapakah the lucky mucky number one yg akan naik pentas-ambil scroll?
sama2 kita tunggu!

- sedikit terkilan sbb impian nak pakai selempang emas tak jadi kenyataan. tahniah kpd yg akan bergaya dgn selempang emas nanti. buleh pinjam untuk posing gambar. keh3 -


:: ramai tertanya2 jika eksperimen 1st batch foodtech UMT berjaya atau tak. bagi aq ia berjaya dengan jayanya tidak kira dari segi akademik ataupun sosial. Yeah, we did it! Alhamdulillah~

Sep 7, 2011

suatu ketika di aidilfitri

salam.

taun ni lain siket. tak mau publish pix raya kat mukabuku. den publish la beberapa kerat kat belog nie hah^^

*sebahagian yg ada di pagi raya*

*tua muda-antara yg terrrapat*

*posing kereta baru*

*nasi lemak di pagi hari-habes diet i*

*berebut ayam rempah*

*rumah atuk*
 
*mintak badi duduk obersea*

*kanak2 ribena datang beraya*


:: saya masih dapat duet raya. yey!

Aug 22, 2011

lidah pendek

salam

actually, aq pun baru perasan benda ni.

serius, selama 16 tahun hidup, aq tak pernah perasan yg aq salah sorang yg keterkehelan sebutan 'R'. tu pun perasan masa presentation komsas form 5 dulu.

entah macam mana pendengaran cikgu Nik Di [cikgu BM yg berjaya] tersangaaaat lah tajam. after aq pezen, beliau suruh aq jelir lidah. dah kenapa pulak kan. kang kate aq kurang ajar pulak sbb jelir lidah pade cikgu. tp aq buat je. hehe. then beliau ckp aq ni berlidah pendek.

since matrix hingga ke universiti, memang dah takde yg tegur dah hah. sampai lah semalam one of my 'old' friend called...

dia: pipa, ko problem huruf R ek?
aq: lorh, perasan pulak kau.
dia:obvious sgt

maybe aq tersebut banyak sangat kot words yg ade huruf 'R'. tapi rasenyer, kalau org tak perasan, memang takkan perasan yg aq terkehel di situ.

so far, aq takdelah terlalu problematic macam my idol lisa surihani yg memang langsung tak tersebut 'R'. sampai kan sebutan R jadi 'GH'. contoh mcm 'mari menari' jadi 'maghi menaghi'.

ade jugak sorang cikgu fizik matrix dulu yg tersebut 'R' jadi 'W'. contoh macam 'fairuz' jadi 'faiwuz'. tapi ini lebih kepada pelat la kot. entah.
*harus sedar diri*

nota sisipan: selalunya orang tegur kita utk kebaikan, bukan menjatuhkan. jadi, jangan mudah melenting. nanti kawan pun lari. chill ^^


:: kadang2 kita pun tak kenal diri sendiri kan~

Aug 14, 2011

ex boyfriend

salam

tadi sempat la sikijap tengok ex bf i live kat tv. huih, memang dah berjaya beliau. dulu berpenat lelah harumkan nama negara, tp sekarang duduk tepi court tengok anak didik yg suke sangat psiko lawan masa game. tahniah la untuk anda. moga2 teruz berjaya dlm karier kejurulatihan anda.

nak tau sape ex bf i tue? jeng jeng jeng!

hah ye ye aq tau. sile lah sile kalau nak muntah sekarang. haha.

korang kenal sape beliau? yeap, Xia Xuanze. eh eh, bukan tak support atlet negara sendiri, tapi beliau lah the first and the last badminton player yg aq minat. tmbah lg style kolar tue. rasanyer zaman beliau, beliau sorang je kot style kolar cenggitu. i like~ 

aq membesar dengan zaman badminton beliau. sampai lah beliau bersara lepas menang world championship. and that time beliau lawan choong han. mintak ampun mintak maap selamat hari raya, aq memang sokong beliau. siap buat karangan bm pasal beliau. maseh disimpan elok buku log karangan tu. naseb pmr tak keluar pasal idola saya ke, atlet sukan kegemaran anda ke. kalau tak, memang aq cherita pasal beliau jek.

aq yakin, ramai budak2 perempuan yg kurang kenal dengan beliau. ye la, yg diorang suke mestilah yg kiut miut macam taufik hidayat tue, termasuklah sorang kawan aq ni. die-hard fan katanya. pas abes game td, teruz aq ym die semata2 nak tanya kenapa minat TH ni. 

dia:ko perasan tak TH ni lain siket? 
aq:lain apenye?
dia:players lain berpeluh lap dahi, lap muka. tp TH lap bibir.
aq: eyh?
dia: tue yg bt aq minat die. kan kiut tue
aq: oh ok
[minat masing2]

oh, bila diteliti baru ku perasan. korang???

:: Malaysia tetap pujaan hatiku~
 

engkaulah raja&ratu hatiku

engkaulah raja&ratu hatiku

hubungkait selamaNya

hubungkait selamaNya

*skuL*

*skuL*
pipa wif gang

*matRix*

*matRix*
dak kecik wif tp5

*uNi*

*uNi*
kicik wif bebudak foodtech0708

Search