salam
actually, aq pun baru perasan benda ni.
serius, selama 16 tahun hidup, aq tak pernah perasan yg aq salah sorang yg keterkehelan sebutan 'R'. tu pun perasan masa presentation komsas form 5 dulu.
entah macam mana pendengaran cikgu Nik Di [cikgu BM yg berjaya] tersangaaaat lah tajam. after aq pezen, beliau suruh aq jelir lidah. dah kenapa pulak kan. kang kate aq kurang ajar pulak sbb jelir lidah pade cikgu. tp aq buat je. hehe. then beliau ckp aq ni berlidah pendek.
since matrix hingga ke universiti, memang dah takde yg tegur dah hah. sampai lah semalam one of my 'old' friend called...
dia: pipa, ko problem huruf R ek?
aq: lorh, perasan pulak kau.
dia:obvious sgt
maybe aq tersebut banyak sangat kot words yg ade huruf 'R'. tapi rasenyer, kalau org tak perasan, memang takkan perasan yg aq terkehel di situ.
so far, aq takdelah terlalu problematic macam my idol lisa surihani yg memang langsung tak tersebut 'R'. sampai kan sebutan R jadi 'GH'. contoh mcm 'mari menari' jadi 'maghi menaghi'.
ade jugak sorang cikgu fizik matrix dulu yg tersebut 'R' jadi 'W'. contoh macam 'fairuz' jadi 'faiwuz'. tapi ini lebih kepada pelat la kot. entah.
*harus sedar diri*
nota sisipan: selalunya orang tegur kita utk kebaikan, bukan menjatuhkan. jadi, jangan mudah melenting. nanti kawan pun lari. chill ^^
:: kadang2 kita pun tak kenal diri sendiri kan~